Exco Terengganu 2008 Angkat Sumpah

10 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada hari Rabu 9 April 2008.

Sepuluh anggota Exco berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah di sini.

Tujuh muka baru yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Terengganu ialah;

  1. Ahmad Razif Abdul Rahman – Adun Seberang Takir, Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia
  2. Yahaya Khatib Mohamad – Adun Pengkalan Berangan, Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam
  3. Ashaari Idris – Adun Langkap, Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita
  4. Datuk Zaabar Mohd Adib – Adun Rantau Abang, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
  5. Khazan Che Mat – Adun Batu Rakit, Jawatankuasa Agama dan Penerangan
  6. Rozi Mamat – Adun Telemong, Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani
  7. Dr Abdul Rahman Mokhtar – Adun Kuala Besut, Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna


Tiga Adun yang dilantik semula sebagai Exco ialah;

  1. Datuk Abdul Rahin Mohd Said – Adun Teluk Pasu, Jawatankuasa Belia dan Sukan
  2. Datuk Mohamed Awang Tera – Adun Chukai, Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi
  3. Toh Chin Yaw – Adun Bandar, Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar

Pada istiadat itu, mereka menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Exco kerajaan negeri dan disusuli dengan menandatangani surat pelantikan masing-masing.

Hadir sama pada istiadat tersebut ialah Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Adun Jertih turut menghadiri istiadat itu. Majlis turut dihadiri semua Adun BN serta dua Adun Pas iaitu Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut dan Adun Manir, Datuk Harun Taib. Bagaimanapun, Adun Rhu Rendang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan pada majlis itu. Beliau dilaporkan tidak sihat.

Semoga dengan perlantikan Exco ini akan menamatkan kisah perlantikan Menteri Besar Terengganu.

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

[...] April 2008, Rabu 10 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri [...]

Leave a comment

(required)

(required)