Dr Osman Masih Belum Kembali Bertugas

Pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid – doktor pertama memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, yang mendakwi dia diliwat, belum kembali bekerja sehingga semalam.

Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata: “Belum, beliau tidak kembali bertugas lagi. Saya tidak tahu ke mana beliau berada ketika ini.”

Ketika dihubungi mStar Online hari ini jelas beliau, Dr. Mohamed Osman bercuti sejak sebulan lalu dan tiada siapa tahu ke mana beliau pergi.

Difahamkan Dr. Mohamed Osman dan keluarganya telah kembali ke Myanmar kerana bimbang akan keselamatannya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai akuan bersumpah Dr. Mohamed Osman, Wan Mahmood berkata, Pusrawi menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

Jelasnya, beliau bimbang kenyataannya itu akan mengganggu siasatan pihak polis.

“Kami menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menyiasatnya. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya.

Jumaat lalu pihak polis mengesahkan mereka telah memulakan siasatan bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpah disiarkan portal berita, Malaysia Today, yang dikatakan dibuat oleh Dr Mohamed Osman.

Dalam akuan bersumpah itu, Dr Mohamed Osman mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful yang dibuat di Hospital Pusrawi, beberapa jam sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis dia diliwat.

Sumber: mStar

Reblog this post

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)