Debat Anwar Ibrahim Ahmad Shabery

Debat ini akan disiarkan secara langsung di stesen TV9, Astro Awani (saluran 501) dan Bernama TV (saluran 502) serta Radio 24 (93.9 fm) pada pukul 9.00 malam 15 Julai 2008. Dijadualkan TV3 akan menyiarkan rakamannya pada pukul 11.00 malam hari yang sama.

Datuk Ahmad Shabery CheekKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah beliau bagi mengurangkan harga minyak akan diumumkan semasa debat beliau dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, pada 15 Julai ini.

“Bukan nak turun sama harga (minyak) dengan Venezuela tapi turun sekurang-kurangnya agar rakyat boleh hidup. Kita bukan janji kosong, takbur atau bohong untuk mengatasi masalah ini,” katanya pada satu ceramah di sini malam tadi.

Bernama melaporkan Anwar sebagai berkata, kerajaan Barisan Nasional telah menyalah urus ekonomi sehingga rakyat dibebankan dengan harga minyak dan barang.

“Negara ini hendaklah diselamatkan untuk faedah semua rakyat. Ini soal kita, bukan soal masa depan Anwar,” katanya.

Mengenai debat itu, Anwar berkata setakat ini beliau tidak tahu sama ada ia akan diteruskan atau tidak.

“Ada kemungkinan tidak jadi tapi saya harap debat ini diteruskan,” katanya.

Anwar masih mengharapkan dapat berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengannya.

Namun katanya jika mereka berdua keberatan beliau sedia berdebat dengan Ahmad Shabery.

Debat itu dianjurkan oleh portal berita AgendaDaily diberi tajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Debat Harga Minyak Anwar dan ShaberyDebat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada jam 9 malam 15 Julai ini dijangka akan disiarkan secara langsung oleh TV3 selaku penyiar rasmi.

Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.

Datuk Johan Jaafar akan mengendalikan debat ini dan akan memastikan ia tidak ‘ lari tajuk ’ iaitu terbawa pada isu-isu politik yang tidak berkaitan dengan minyak.

Debat ini akan dimulakan dengan memberi peluang kedua-dua Anwar dan Ahmad Shabery menyampaikan hujah masing-masing selama lima minit dan kemudiannya diikuti oleh soalan dari penal.

Ini akan diikuti oleh sesi di mana Anwar dan Ahmad Shabery menyoal satu sama lain sebelum mereka menggulung hujah masing-masing. Anwar akan membawa seorang ahli penal sendiri dan begitu juga Ahmad Shabery.

Agendadaily sebagai penganjur menerima banyak permintaan dari berbagai lapisan masyarakat yang hendak menyaksikan debat di Dewan Tun Syed Nasir. Namum ia semuanya terpaksa ditolak kerana jumlah hadirin yang akan hadir sudah cukup kuota yang ditetapkan ialah 200 orang tidak termasuk puluhan wartawan dan jurugambar media.

Hanya 200 orang akan diundang dan dibenarkan masuk iaitu 100 orang adalah jemputan penganjur, 50 orang jemputan pihak Anwar dan 50 orang jemputan pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya.

Pemeriksaan keselamatan yang ketat akan dikenakan di pintu masuk Dewan Bahasa dan Pustaka serta di pintu masuk dewan. Langkah ini adalah untuk memastikan siaran langsung itu berlangsung sempurna tanpa sebarang gangguan.

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Videos for the debate are almost ready at mediarakyat.

Find out more at http://mediarakyat.net

chunyeen
mediarakyat site admin.

Semalam DSAI ckp “klu dividen RM 6 billion tu diberi RM 1 billion utk nak tampung bagi kurang sikit harga minyak untuk kurang beban rakyat x boleh ka?”Saya bersetuju sangat dengan cadangan DSAI tu..Untung RM 64.6 billion tak kan nak makan sorang kot?????

Dato Shabery kalah TKO dgn Dato Anwar….

Datuk Sabri tu kenapa yah…tau-tau kalah dalam debat mulut sampai berbuih-buih…dia ada gila babi kah….jangan lawan DSAI lah datuk….kalau dulu datuk pun tentang UMNO malalui S46…sekarang dah kena bagi gula-gula oleh UMNO nak tentang pulak parti pembangkang lain…bukak pekong lah….baik-baik kerja datuk…DSAI tu lain…dia boleh hidup…datuk sabri camana…sekarang dapat kerja menteri pun rakyat yang bagi…agaknya kalau menteri tu melalui temuduga di SPA…mampos lah datuk nak dapat…kesian ya…harap diangkat rakyat baru dapat kerja…dulu tak sekolah tinggi ya…

SAYA SOKONG APA YANG DIKATAKAN DENGAN DATUK SHABERY!!!!!!!!!
Saya rasa kagum dengan datuk kerana kehebatan datuk mengenai politik Malaysia saya juga kagum dengan kepetahan datuk berdebat mengenai pelbagai isu walaupun datuk masih baru di dunia politik. bagi saya DSAI tu mempunyai mulut yang agak wangi diluar tetapi tengik di dalamnya, bak kata pepatah ‘menanam bunga TAHI AYAM di bibir’.
Sekiranya DSAI mampu menurunkan harga minyak, saya comfirm negara Malaysia akan bankrap dan akan menghadapi kadar infalsi yang tinggi seperti di Indonesia, ini akan menyebabkan harga barang naik dengan mendadak dan rakyat akan kebullur!
saya berharap negara MALAYSIA akan terus aman daripada pelbagai masalah politik dan saya juga berharap agar (BN) membuat perubahan dari segi ‘rohani’dan kejujuran yang lebih telus terhadap pentadbiran Malaysia.
amin ya rabbal alamin………..

MAR_SEL,

Engkau ni tengok dengan mata ke dengan lutut.Orang kalau dah 51 tahun macam mana?,rakyat kalau dah 51 tahun macam mana?.Memang untung dapat rakyat macam engkau ni,ikut aje,tak ada kontra langsung.Engkau tengok korea macamana?dulu sama dengan malaysia,semua negara berubah menjadi moden,fikir pun moden.Sekarang bukan masalah dsai ke tenok ke,sekarang masa untuk kita fikir siapa yang nak majukan kita.umno dah diberi peluang 51 tahun,dia buat apa?tender orang itu saja yang dapat.Tak malu langsung memotong barisan dan ambik hak orang lain, kalau dia duduk jauh dari orang tak ape lah,ini jelas nampak.Brapa peratus pertambahan bumiputera dalam perniagaan?kalau asik orang itu saja yang dapat tender ertinya ape?ertinya bakal merempat ditempat sendiri.Merempatlah engkau 10 tahun dari sekarang.Ada mata tengok,ada akal buat perimbangan..

Leave a comment

(required)

(required)