Datuk Dr Zambry MB Perak Baru

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada hari Jumaat 6 Februari 2009 pukul 3.30 petang.

Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Februari 2009 pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Berikut adalah latar belakang Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir;

Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, Perak. Berkahwin dengan Datin Saripah Zulkifli mempunyai lima orang anak, tiga perempuan dan dua lelaki.

Kelulusan Akademik:

Pencapaian:

Jawatan:

Datuk Dr. Zambry adalah seorang penulis yang aktif sejak dari zaman sekolahnya. Beliau memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan penulisan semasa menuntut, antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak pada 1982 dan memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan pada 1986 dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan 1987.

Beliau juga menulis beberapa buku antaranya “Umno dan Jiwa Merdeka” (1998), “Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah” (2000) dan “Islam Malaysia dan Amerika” (2002).

Beliau juga adalah editor bagi beberapa penerbitan termasuk “Pendidikan dan Pembangunan” di Nurin Enterprise pada 1989, “Business Administration in Islam” oleh Hizbi pada 1991 dan “Imbas Gemilang KBS 98” untuk Kementerian Belia dan Sukan.

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)