Dasar Automotif Nasional 2010

Sebanyak 18 dasar dan langkah baru yang meliputi pelesenan, duti, insentif, teknologi dan alam sekitar, keselamatan dan standard serta lesen import (AP) diperkenalkan di bawah Kajian Semula Dasar Automotif Nasional (NAP).

Dasar dan dan langkah baru ini diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan ia meliputi:

  1. Lesen pengilang (ML).
    Menarik balik pembekuan lesen pengilang bagi segmen kenderaan mewah 1,800cc dan berharga lebih RM150,000, kenderaan hibrid dan elektrik; pick-up; kenderaan perdagangan dan motosikal 200cc ke atas, mulai tahun depan.
  2. Dasar semasa berhubung pembekuan lesen pengilang bagi aktiviti bina semula kenderaan perdagangan dikekalkan.
  3. Cukai / Duti. 
    Duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan.
  4. Penghapusan / Pengurangan berperingkat duti import bagi memenuhi komitmen Afta/ FTA. 
    Duti import kenderaan CBU negara Asean yang kini adalah lima peratus akan dihapuskan pada 1 Januari 2010, duti import CBU dari negara lain serta duti eksais masih dikekalkan.
  5. Pengecualian cukai ke atas nilai peningkatan eksport bagi kenderaan dan alat ganti / komponen. 
    Peningkatan pengecualian pada pendapatan statutori pada nilai peningkatan eksport kenderaan, alat ganti dan komponen. Pengecualian pendapatan statutori akan dinaikkan kepada 30 peratus daripada 10 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah dan sehingga 50 peratus daripada 15 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.
  6. Pewartaan harga kereta import terpakai untuk menangani masalah “Under Declaration”. 
  7. Insentif lebih menarik bagi pengeluaran komponen / alat ganti kritikal dan bernilai tambah tinggi. 
  8. Galakan bagi kenderaan hibrid/elektrik dan pembangunan infrastruktur berkaitan. 
  9. Langkah untuk mengurangkan kesan Liberalisasi pasaran. 
  10. Pembangunan sepenuhnya “Vehicle Type Approval” (VTA). 
  11. Pengenalan dan penguatkuasaan standard mandatori secara berperingkat ke atas komponen dan alat ganti. 
  12. Pemansuhan secara berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai.
    Menghentikan import alat dan komponen terpakai secara berperingkat bagi melindungi pengguna serta menyekat kebanjiran alat ganti tidak bermutu.
  13. Pemansuhan berperingkat pengimportan kenderaan perdagangan terpakai. 
  14. Pelan pembangunan standard bahan api minyak petrol dan diesel. 
    Melaksanakan spesifikasi Euro 4M bagi petrol dan diesel menjelang 2011 bagi memperkenalkan teknologi bersih dan lestari dalam industri Automotif Malaysia.
  15. Pengenalan dasar tempoh jangka hayat kenderaan. 
    Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan. Peruntukan khas akan disediakan bagi kereta “vintage”.
  16. Pemansuhan sistem AP untuk import kenderaan CBU. 
    Memansuhkan sepenuhnya sistem pentadbiran Permit Kelulusan (AP) terbuka pengimportan kenderaan terpakai sama ada komersial, penumpang dan motosikal mulai 31 Disember 2015, manakala AP francais pada 31 Disember 2020.
  17. Pembentukan dana untuk pembangunan Bumiputera. 
    Mewujudkan Dana Pembangunan Bumiputera bagi membantu usahawan Bumiputera dalam sektor automotif, manakala fi RM10,000 bagi setiap AP terbuka bermula tahun depan yang diumumkan dalam Bajet 2010 minggu lalu akan disalurkan kepada tabung berkenaan.
  18. Rakan kongsi strategik untuk Proton.

Sumber : Bernama

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

[…] This post was mentioned on Twitter by Shaz Nilam, adiwangsa. adiwangsa said: Dasar Automotif Nasional 2010: Sebanyak 18 dasar dan langkah baru yang meliputi pelesenan, duti, insentif, tekn.. http://bit.ly/40kzxk […]

Leave a comment

(required)

(required)