Berita
Tengku Arah Manohara Balik Malaysia
Tengku Temenggong Kelantan hari ini mengarahkan isterinya Manohara Odelia Pinot – yang lari ke Jakarta sejak 1 Jun – supaya kembali ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini. Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mengarah Manohara taat dan kembali ke pangkuannya sebagai suami yang sah di sisi hukum syarak. Beliau juga mengarahkan Manohara menjalankan tanggungjawabnya sebagai [...]
Michael Jackson Meninggal Dunia
Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun. Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak. Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, [...]
Flu H1N1: Kes Tempatan Pertama
Jangkitan selesema A (H1N1) semakin serius di negara ini, susulan berlakunya penularan wabak tersebut di peringkat tempatan yang pertama pada pesakit ke-19 daripada 23 kes, sejak sebulan lalu. Pesakit berkenaan, seorang pelajar perempuan 17 tahun, dijangkiti daripada pesakit ke-12 akibat kegagalan kuarantin apabila tidak memaklumkan pernah berhubung dengan pelajar perubatan kes terdahulu. Akibatnya, menurut satu [...]
Blog Mat Amin Jawab Rais Yatim
Blog bekas gerila Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjadi sasaran kecaman Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menjawab balas kenyataan keras menteri penerangan hari ini. Penulis blog tersebut yang memperkenalkan dirinya Mat Amin menyifatkan usaha menghalang penyebaran sejarah perjuangan bersenjata mereka sebagai “tidak demokratik” dan “tidak profesional.” Mat Amin – yang mendakwa bekas gerila Rejimen [...]
Poskad Kempen Mansuh PPSMI
Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai [...]






