Cara Tuntut Rebet Tunai Minyak

Prosedur untuk menuntut rebet tunai minyak di pejabat pos mulai 14 Jun ini;

  1. Perlu bawa kad pengenalan atau MyKad atau kad pengenalan polis/tentera.
  2. Pemilik asal kenderaan sahaja.
  3. Maksimum lima kenderaan persendirian bagi setiap pemilik.
  4. Penuntut perlu mengisi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan pada borang yang hanya terdapat di pejabat pos.
  5. Mereka yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, perlu mengisi borang berasingan bagi setiap kenderaan.
  6. Kakitangan Pos Malaysia akan mengesahkannya dengan sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan kelayakan rebet tunai itu.
  7. Pihak ketiga tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi pihak pemilik kenderaan.

Selain membuat bayaran tuntutan secara tunai, Pos Malaysia juga menyediakan kemudahan bayaran rebet tunai menerusi kiriman wang.

Bagi mendapatkan bayaran melalui kiriman wang, pengguna perlu melakukan prosedur yang sama tetapi dikehendaki menulis alamat tetap atau alamat surat menyurat serta nombor telefon pada borang untuk dihubungi sebelum memasukkan borang mereka ke dalam tong atau kotak yang disediakan di pejabat pos.

Tempoh masa maksimum penerimaan bayaran melalui kiriman wang pos adalah tujuh hari. Borang yang dimasukkan dalam kotak itu akan diproses pada hari yang sama. Pemilik kenderaan boleh menunaikan kiriman wang di pejabat pos yang berhampiran atau masukkan ke dalam akaun bank persendirian.

Bagi tempoh Fasa 1, pemilik kenderaan yang telah membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei tahun ini boleh membuat tuntutan mulai Sabtu ini sehingga 31 Mac tahun depan.

Bagi Fasa 2, pemilik kenderaan yang membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 Jun tahun ini sehingga 31 Mac, 2009, boleh membuat tuntutan bagi rebet tunai di semua pejabat pos mulai 1 Julai.

Semua pejabat pos akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu berikutan Jumaat merupakan cuti hujung minggu. Pejabat pos ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan dan juga pada cuti umum.

Prosedur tuntutan rebet tunai minyak ini dijelaskan oleh Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad Datuk Abu Huraira Abu Yazid. Maklumat lebih lanjut dan borang tuntutan rebet tunai ini boleh diperolehi di laman web Pos Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan baru-baru ini pemilik kereta sehingga 2,000cc, serta pikap, trak dan jip sehingga 2,500cc, akan mendapat rebat RM625 bagi setiap kenderaan manakala motosikal 250cc akan menerima RM150, sebagai meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter.

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

yahoo…aku dpt 2..kete and motor..
boleh cover insurance kete aku..hehe

ingin bertanya..
saya ada membeli sebuah kereta kancil second hand pada julai 2008.saya telah memperbaharui cukai jalan pada 2 julai 2008 baru-baru ini.sedangkan pemilik kenderaan yang terdahulunya sudahpun menuntut dan menerima rebet tunai bagi kenderaan tersebut pada jun 2008.
adakah saya layak membuat tuntutan rebet tunai kenderaan tersebut bagi pihak saya di mana2 pej pos…
inginkan kepastian….

roziah samsir,
Sebuah kenderaan hanya boleh menuntut rebet sekali setahun sahaja. Oleh itu anda cuma boleh membuat tuntutan pada tahun hadapan. Untuk lebih kepastian sila hubungi Pos Malaysia di 1300300300

inilah pemimpinku yang takda ketetapan hati dan membuat keputusan dengan semberono.. naik, naik, naik minyak. Yeh naikkan semua barang naik semua naik.. mesyuarat untuk naikkan minyak. tup tup minyak tak turun,,, bagi rebet la pulak.. kerja orang tak pikir betul-betul.

saya nak beli keta dlm masa tdekat ni…bleh tak saya apply rebat slps approve keta tu nanti?

sya bru renew roadtax.nk tuntut rebet tu tp geran kereta nama oner lain lg.skng oner tu kt dalam tahanan polis.so,mcm mane tu.sy boleh tuntut tak sbgai wakil?geran pn ada dng saya?

sya baru renew roadtax..sma mcm en.mirul..nak tuntut rebet tp owner maC nma org lain..owner sbnr da p oversea..bole x sya jd wakil nak tuntut rebet tue? geran da ada kat sya.

sy renew roadtax ari tu 31 march 2008. 30 march 2009 ni rdtax sy mati. bila sy leh ambik rebet tu haa?..start 1 april 2009 ni da bleh ambik da ker..ke skarang da bleh ambik..thanks…

saya baru memperbaharui cukai jalan 23 april sudah, adakah rebet masih boleh di claim kan lagi ?

Leave a comment

(required)

(required)