Bukit Gantang dan Bukit Selambau Milik Pakatan Rakyat

Tiga pilihanraya kecil telah berlangsung semalam dengan menyaksikan perubatan kerusi Parlimen Bukit Gantang, kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai. Pilihanraya kecil di Bukit Selambau juga melibatkan 13 orang calon bebas.

Bukit Gantang, Perak

PAS telah memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas, Kamarul Ramizu Idris mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Bukit Gantang mempunyai seramai 55,562 orang pengundi yang terdiri daripada 63.5% Melayu, 27.1% Cina, 9.1% India dan 0.2% lain-lain.

Bukit Selambau, Kedah

Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit – mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Calon bebas dan jumlah undi masing-masing adalah R Loganathan 31 undi, Tan Hock Huat 78 undi, Mohd Radhi Mat Lazim 25 undi, Mohd Fadzil Wahab 83 undi, Abdul Rahim Abu 60 undi, L Sarala 49 undi, A Jayagopal 35 undi, S Moganakumar 46 undi, Khamis Awang 29 undi, Husaini Yaacob 257 undi, Venason Michael 32 undi, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid 528 undi dan T Chandrarajan 73 undi.

Bukit Selambau mempunyai 35,140 orang pengundi yang terdiri daripada 50.2% Melayu, 29.5% India, 19.3% Cina dan 1% lain-lain.

Batang Ai, Sarawak

BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

Calon BN Malcolm Mussem Lamoh mendapat 3,907 undi manakala calon PKR Jawah Gerang memperolehi 2,053 undi. Batang Ai mempunyai 8,006 pengundi berdaftar dengan 95% daripadanya adalah kaum Iban.

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

suku Kaum mana yang masih suka kat BN ni?

Leave a comment

(required)

(required)