BN Menang Parlimen Hulu Selangor

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan – DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggal 25 kerusi.

MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.

BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.

Sumber : MalaysiaKini

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

tahniah kepada bn. bagi pkr/pr jangan berputus asa teruskan usaha bakti dan sumbangan anda demi menyuburkan demokrasi di negara ini

Leave a comment

(required)

(required)