Balasubramaniam Keluar Akuan Berkanun Baru

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

BalasubramaniamDalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Sehari sebelum itu, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Tetapi keesokannya beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru.

“Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama,” katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.

Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib.

Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:

“Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

“Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

“Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda dan atau Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris;

“Tidak pernah pada bila-bila masa Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau meminta wang sebanyak US$500,000 sebagai komisen bagi bantuannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris;

“Tidak pernah pada bila-bila masa pun Razak Baginda dan/atau Altantuya Shaaribu memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan Altantuya Shaaribu di Singapura;

“Tidak pernah pada bila-bila masa pun Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau mahu saya mengaturkan untuk beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak;

“Tidak pernah pada bila-bila masa saya ada memberitahu polis semasa penyiasatan mereka mengenai sebarang perhubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaaribu kerana perhubungan itu tidak pernah wujud, pada pengetahuan saya. Oleh yang demikian, kenyataan yang saya tandatangani di hadapan polis sudah selesai;

“Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang beliau telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib pada malam beliau ditahan; dan

“Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar SMS kepadanya pada hari beliau ditahan yang menyatakan beliau (Najib) akan berjumpa dengan KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) pada hari berkenaan dan masalah itu akan diselesaikan dan meminta Razak Baginda supaya terus tenang.”

Sementara itu, peguam Americk Singh Sidhu, yang menemani Balasubramaniam ketika dia membuat pendedahan menggemparkan itu dalam satu sidang berakhir bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, “tidak tahu langsung” mengenai perkembangan terbaru itu.

Americk memberitahu Malaysiakini bahawa Balasubramaniam menerima satu panggilan dari pihak polis, sejurus selepas sidang akhbar tersebut, memintanya hadir di balai polis Brickfields.

“Saya telah menasihatkannya, sebagai seorang rakyat yang patuh kepada undang-undang, dia harus melihat menemui mereka (polis),”

“Sejak itu tidak mendengar apa-apa daripadanya,” katanya.

Beliau berkata, Balasubramaniam tidak dapat dihubungi sejak pendedahan yang mengejutkan itu.

Akuan berkanun Balasubramanian itu diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, yang mempunyai alamat firma guaman Zul Rafique & Partner- firma guaman milik Zulkifly Rafique, yang merupakan saudara lelaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam sidang akhbarnya, Balasubramaniam menerusi M Arulampalam, seorang peguam yang menemaninya dalam sidang akhbarnya, berkata, semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar.

“Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan,” kata Balasubramaniam dalam akuan bersumpahnya yang baru bertarikh 4 Julai.

Usaha untuk menghubungi Balasubramaniam dan Arulampalam untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai akuan berkanun baru itu, tidak berhasil.

Bagaimanapun, pejabat peguam tersebut menjelaskan bahawa “Arulampalam bukan peguam Balasubramaniam, tetapi hanya menjadi wakilnya”.

Sumber : MalaysiaKini

Technorati Tags: , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)