Arif Shah Calon BN di Permatang Pauh

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seberang Jaya, Ariff Shah Omar Shah telah dipilih sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh. Pemilihan Ariff, satu-satu calon yang menang kerusi DUN di kawasan Parlimen Permatang Pauh semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu sebagai calon pilihanraya kecil ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

The dacing, symbol of Barisan NasionalNajib membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Karnival Sunway di Seberang Jaya semalam, serentak dengan majlis pelancaran jentera pilihanraya BN bagi pilihanraya kecil tersebut.

Sebelum ini beberapa nama disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN, termasuk Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, timbalannya, Datuk Pirdaus Ismail dan pendakwah bebas, Datuk Shamsuri Ahmad.

Ketika namanya diumumkan sebagai calon, Arif, yang duduk di barisan belakang di pentas utama, bangun dari kerusinya lalu menerpa ke arah Abdul Jalil yang duduk sebaris dengan Najib di hadapannya, lalu memeluk beliau sambil menitiskan air mata.

Selepas itu, Pirdaus dilihat mara ke arahnya dan turut memeluk beliau sebelum Ariff mengangkat tangan Abdul Jalil dan Pirdaus sebagai tanda bekerjasama dan persefahaman antara mereka.

Majlis tersebut dihadiri oleh penyokong BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad dan wakil dari MIC dan PPP.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Arif Shah dipercayai berdepan jalan sukar untuk menang di kerusi itu walaupun ada kemungkinan besar majoriti PKR sebanyak 13,388 undi dalam pilihanraya umum Mac lalu dapat dikurangkan.

Arif Shah mula terpilih sebagai ADUN Seberang Jaya pada pilihanraya umum 2004 setelah mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua setelah menewaskan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.

Ketika ditanya kemungkinan penyokong dan calon BN yang tidak terpilih akan mensabotaj beliau pada pilihanraya kecil nanti, Ariff Shah berkata:

“Saya percaya semua di Permatang Pauh akan membantu saya dan saya tidak menyimpan dendam kepada sesiapa”.

Sumber: Agenda Daily dan MalaysiKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)