Anwar Ibrahim Liwat Mohd Saiful Bukhari?
Mohd Saiful Bukhari bin Azlan menurut laporan polisnya menyatakan dia telah beberapa kali diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara paksa. Menurut Saiful kejadian terakhir telah berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, Kuala Lumpur.
Susulan daripada laporan polis tersebut Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan media menafikan dakwaan Saiful Bukhari itu. Beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini juga ada kaitan dengan bukti yang beliau perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan beliau pada tahun 1998-99.
Anwar Ibrahim kemudian telah mengeluarkan satu lagi kenyataan media dari Kedutaan Turki yang mengesahkan beliau berada di situ. Beliau berada di kedutaan Turki kerana bimbang tentang keselamatan dirinya. Ini berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati beliau tentang terdapat beberapa orang tertentu yang merancang untuk mencederakan beliau, keluarga serta penyokong beliau.
Siapakah Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ini?
Mohd Saiful Bukhari adalah anak kelahiran Johor yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 23 pada 6 Julai ini. Beliau dibesarkan dan bersekolah di Damansara. Beliau adalah bekas penuntut jurusan kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi tetapi tidak menamatkan pengajiannya.
Mohd Saiful ini disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang. Semasa di UNITEN beliau telah terpilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan memegang jawatan Timbalan Presiden bagi sesi 2006/2007.
Mohd Saiful mula dilihat di kem Parti Keadilan Rakyat semasa bermulanya kempen Pilihan Raya Umum ke 12 pada bulan Mac lalu. Beliau dipercayai dapat mendekati pejabat Anwar Ibrahim melalui rakan sekolah menengah, Rahimi Osman yang memang sudah sedia bertugas di pejabat berkenaan.
Pelbagai cerita dan maklumat mengenai Mohd Saiful ini boleh didapati di internet. Di antaranya di blog Najwan (blog ini sekarang hanya dibuka kepada pembaca jemputan sahaja, walaupun begitu dalam masa yang terhad ini cerita dari blog ini boleh dibaca di Awas! Ada Musang Berbulu Ayam, Awas! Ada Musang Berbulu Ayam(2), Awas! Ada Musang Berbulu Ayam(3) ), Ainis di Saiful Bukhari dan Konspirasi Peringkat Tertinggi?
Mohd Saiful Bukhari telah bertunang pada bulan Mei lalu dan gambar tunang beliau boleh dilihat di blog Rocky’ Bru dengan tajuk Coffee Boy, engaged and in blue. Tunang Saiful, Janna Syariza yang mempunyai blog A Step In My Pink Mary Janes menyatakan memberi sokongan penuh kepada Saiful. Beberapa gambar Saiful boleh juga dilihat di blog Sultanmuzaffar.
Benarkah Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari?
Kebanyakan orang percaya bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah melakukannya tetapi tidak kurang juga mereka yang mempercayainya. Di samping itu ada juga yang menganggap semua ini adalah perancangan Anwar Ibrahim sendiri seperti yang disebut di blog Aizuddindanian bertajuk Anwar is playing you a fool.
Sementara itu mungkin dengan membaca dan melihat apa yang telah dikumpul di blog DarnMalaysia bertajuk Did Anwar Perform Sodomy? Some Video Confessions boleh membantu untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku sekarang.
Bagaimana pula jika semua ini bukannya berpunca daripada Najib maupun Anwar? Ada sekumpulan orang lain yang telah merangka dengan teliti demi kepentingan mereka. Satu penulisan di FutureFastForward dengan tajuk Abdullah Badawi, The Political Chameleon And The Anwar Saga - What Everyone Should Know About The Real Badawi! boleh membuat kita semua berfikir semula tentang apa yang sedang berlaku sekarang.
Ini diperkuatkan lagi dengan teori bahawa usaha memalukan Anwar dah lama di rancang oleh beberapa pihak tertentu.
Dalam perkembangan terbaru Raja Petra di blog beliau Malaysia Today mendakwa terdapat seorang doktor yang telah memeriksa Saiful dan mendapati Saiful tidak pernah diliwat. Doktor ini telah diarah untuk memalsukan laporan dengan menyatakan Saiful pernah diliwat. Cerita lanjut tentang perkara ini boleh dibaca di How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar.
Di samping itu Raja Petra juga telah menulis dalam blog beliau bahawa Saiful memang ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tentang isu liwat. Beliau berkata mempunyai saksi dengan rakaman video berkenaan perkara ini, cerita penuhnya boleh dibaca di An evening with an ‘accomplice’.
Walau apapun kebenaran pasti akan terbukti.
Popularity: 100% [?]
Related posts
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
hai , bagi lah penjelasan bagaimana anuar tu liwat saiful ni secara paksa, adakah kena pukul atau diugut. cerita saiful ni mesti ada penjelasan baru kita faham . tu tiba-tiba liwat tak masuk akal , klk blh tlg pejelaskan cerita saiful tu. sekian terima kasih.
klu betul kena liwat kenapa dengan selambanya tonjolkan diri di hadapan Orang ramai..sekurangnya suruh pihak media agar tidak siarkan muka dihadapan muka television..ni dengan selambanya melambai2 kat kamera..sekali tengok nampak sangat dia yg salah..x kan anuar nak liwat saiful tu..ensem pn x berapa nak ensem..masuk AF Confirm reject..muka macam jamban x siap je..apa2 pn aku harap..Allah tunjuk sapa yang benar…Amin
bodoh tak masuk akal , anuar liwat seorang yang tidak bertamadun, saya berpendapat ada komplot untuk menjatuh kan dan karea politik agung anuar ibrahim, saya berpendapat henti sahaja lah niat buruk dan jahat untuk menjatuh kan anuar ibrahim yang senangtiasa dalam keadaan tenang, saya menyeru agar mana mana pihak terbabit yang memfitnah anuar sentiasa berdoa dan bertaubat jangan melaku kan perbuatan terkutuk dan menfitnah kesitu dan kesini .
Kita semua boleh ada pendapat sendiri, tetapi janganlah sampai panggil orang lain yang tak sependapat dengan kita ..bodohlah, kutok orang tak ensem laaa. Cuba banyangkan kalu dia benar benar diliwati, apa perasaan seorang manusia di saat itu. Tentu alang kepalang nak bunuh diri agaknya. Dan, kita sini seronok je mengutok. Kalau sebaliknya, dia berdusta, maka tuhan sahaja yang akan membalasnya. Mengapa kita perlu sama mengotorkan jiwa kita bila kita tak tahu banyak dalam masaalah ini. Tambah malang lagi jika sudah ramai yang berpendapat dia salah, maka pendapat tadi sudah seolah olah menjadi fakta. Lalu kita menghukum seseorang yang mana belum tentu salah betul nya. Makin ramai yang mampercayai sesuatu, belum tentu lagi betulnya. Salah di mata manusia bukan semestinya salah di mata tuhan. Jangan lah mendahului tuhan dalam menghukum.
apapasal mau paksa hantam blakang, dunia skg ada duit kalu semua gay bleh bikin campur servis baik punya…Saiful punya
blakang ada special kaa;’:” Menteri2 ka AMT ka Agong Ka PM atau siapa2, pasal sex taro blakang kerbau pun ada tapi senyap
dan bijak cuma tuhan yg tahu
aku tak pcy anwar buat pekara tu…anwar seorang yg berpddikan tggi…isteripn cantik lg…watpe die nk sodomi pungkok bdkni…bdkni dh tak btl kot sbb tuduh org sodomi die…
perbuatan tu satu hal. kita tak tau betul atau tidak . hanya allah yg tahu. apa yg betul adalah tafsiran umum masyarakat made in malaysia. apa yg saya ingin katakan saiful tak pandai ambik peluang dlm kancah politik malaysia
memang kita tak tahu mana satu yang akan disambar petir tapi satu yang peliknya..,orang curi kabel pun kalau kena tangkap punyalah tutup dia punya muka..,ini (shyfull)siap lambai kat orang lagi macam artis,aku jadi tak faham apa punya manusia macam ini..kalau aku,mana muka nak disembunyikan,maruah diri lagi,nama mak bapak macamana..,saudara-mara lagi..
satu lagi., kes rasuah dengan kes liwat ni mana lebih besar dosa dia.Liwat nabi Muhammad tidak mengaku umat, (teramat besar dosanya)tapi boleh bertaubat, insyaAllah, Allah ampunkan dosa dia,tapi kes rasuah..,keturunan dia sampai nenek moyang anak-anak dia akan datang, semua makan benda haram ( lagi teramattttttlah besar dosa dan tak boleh mintak ampun kepada orang yang kita telah beri makan dengan hasil tu…
Saiful.. tahniah kerana keberanian dan ketegasan yang ditunjukkan. Secara logik, tdk mungkin anda akan mengambil tindakan drastik hanya kerana konspiransi dan membiarkan maruah diri dan keluarga tercemar. Orang melayu telah diajar sejak generasi melayu wujud iaitu ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.
yg bestnyer…org kene liwat tak melawan..mude lagi..tenage kuat..kalau dr segi akallah..teruk dah dsai kene terajang ke..tumbuk ker..kalau suker same suke plak..budak si saipul nie pasailah bengap sangat…boleh nak report kart tpm…msuk akai kaaaa…
Temah..,memang tak masuk akal, dan keluar dari status logik perlakuan si shyfull ni..,kalau perlakuan dia masuk akal,banyak orang sokong dia..
Pertama: Sekali dia kena sondol dia boleh buat keputusan berhenti kerja,itupun mesti DSAI bagi sogokan amat lumayan sebab nak minta shaifull simpan rahsia keburukan dia…Atau DSAI minta dia jangan berhenti tapi upgradekan gaji dan jawatan dia..(betul tak?)
kedua:Dia sendiri kalau berhenti tentunya dengan cara yang tidak sopan/tidak secara rasmi sebab mendapat layanan yang tidak sopan dari majikan..
Ketiga:Setelah kena sondol banyak kali,baru otak dia jalan itu pun selepas jumpa orang-orang tertentu..,dan orang2 tersebut bukankah septutnya menasihatkan dia,kalau boleh diamkan saja kerana ini melibatkan maruah orang-orang islam dan negara malaysia…
Keempat:Kalau betul kes ni terjadi kenapa tak jumpa alim ulama ajak bersama-sama mereka bersemuka dengan DSAI dan selesaikan secara bijak,secara tidak langsung ulama dapat menasihati DSAI jika perlakuan dia benar.,jadi banyak maruah orang islam dapat diselamatkan,bukankah itu yang dituntut oleh Islam?…
Kelima:Selama berkhidmat dengan DSAI mustahil dia tidak membina rasa hormat dengan isteri dan anak anak DSAI,tak kan dia tergamak nak memalukan seluruh keluarga majikan dia..,dia boleh lepaskan dendam dia dengan buat cara lain..,jumpa pengamal ilmu hitam ke…
Keenam: Dari mana kekuatan dia datang,sedangkan dia tahu dia berhadapan dengan seorang yang begitu berpengaruh di malaysia?,dan dia sepatutnya juga tentu tahu, berdepan one by one dengan DSAI chances/advantej untuk dia amat tipis..
Yang lain-lain dah banyak diulas oleh kawan-kawan yang lain..
Wahai Saiful,
Awak telah dibayar utk memfitnah diliwat tanpa rela. Awak setuju sebab dapat duit banyak dan janji konspirator utk melindungi awak walau dlm apa keadaan sekalipun. Kononnya, kerajaan hendak melindungi mangsa.
Pada saat akhir, konspirator menukar dakwaan kepada aktiviti liwat suka sama suka. Reputasi awak terjejas teruk, kerana mana boleh liwat suka sama suka demi ‘Allah, Agama, Bangsa dan Negara’ ???
Pendirian tak tetap konspirator menukar ’secara paksa’ kepada ’suka sama suka’ menunjukkan niat mereka utk mencapai cita2 mereka; menjatuhkan Anwar. Mereka peduli apa tentang maruah awak, asalkan REPUTASI ANWAR JATUH!!!
Lu pikir la sendiri!!
Logik ka?
kes telah bertukar jadi suka sama suka,bererti kes ini boleh diselesaikan di luar mahkamah, kalau ianya tidak dicampuri oleh orang lain,(agaknya)..,lagipun shyfull bukan mengandung,sebab kes ni kalau diketengahkan bukan ke buat malu diri dan keluarga saje?.sekarang ni pun keluarga shyfull ni pun tak tau ape cerita.kenapa pulak buat kes ini jadi complicated sangat…elok tarik balik aje kes tu..
shyfull..,itu la, engkau tak ingat pesan orang tua-tua, jangan derhaka dengan ibu bapa..Engkau mungkin telah membuat dosa besar hingga Allah pilih engkau dalam berjuta-juta rakyat malaysia untuk menghadapi semua ini..,dan satu lagi orang tua-tua berpesan,kalau nak jadi baik berkawan dengan orang baik..,engkau ni for sure telah pilih salah kawan..
Wahai Saiful,
Awak telah dibayar utk memfitnah diliwat tanpa rela. Awak setuju sebab dapat duit banyak dan janji konspirator utk melindungi awak walau dlm apa keadaan sekalipun. Kerajaan sgt laju bertindak, kononnya, komited hendak melindungi mangsa. (Sedangkan kes bunuh Altantuya, pengadu RPK yg dikejar/disoal/didakwa, bukannya nak siasat tertuduh, Najib & Rosmah).
Pada saat akhir, konspirator menukar dakwaan kepada aktiviti liwat suka sama suka kerana dah tak ada modal/bukti kukuh. Reputasi awak terjejas teruk. Takkan awak liwat suka sama suka demi ‘Allah, Agama, Bangsa dan Negara’ kot???
Ketidakkisahan konspirator menukar dakwaan liwat ’secara paksa’ kepada ’suka sama suka’ menunjukkan niat mereka bukannya betul2 hendak membela awak, tetapi hanya utk mencapai cita2 politik mereka; menjatuhkan Anwar. Mereka hanya mempergunakan awak! Mereka peduli apa tentang maruah awak, asalkan REPUTASI ANWAR JATUH!!! Kalau tak, tak merasa la diorang duduk kat kerusi empuk PM tu!
Lu pikir la sendiri!!
Logik ka?
Yang jadi masalahnya sekarang, semua yang kita jangkakan,dari satu stage ke satu stage yang lain (hal DSAI ni), semuanya berlaku bersamaan dengan apa yang ada dalam fikiran kita (orang ramai/rakyat),kalau ye pun sesetengah orang nak main saikologi, kenalah lebih bijak..,jangan sesekali tunjuk kebodohan kita…orang nampak,dan jangan kita asyik fikir macamana kita tengok orang,tetapi sesekali fikir macamana orang tengok kita..
KES LIWAT DATO’ SERI ANUAR MEMENG TAK BOLEH DI PERCAYAI.SAYA HANYA AKAN MENYOKONG PARTI KEADILAN RAKYAT YANG DI KETUAI OLEH DATO SERI.
ayang……….. percaya tak percaya……. Allah je yg tau! Bende camni semua orang pun takkan ngaku… lagi masuk pintu belakang!.. sedangkan yg masuk pintu depan pun tak ngaku … bila dah busung baru semua nampak …. tapi tak ngaku lagik!! …tup-tup buang dlm tong sampah, tandas.
Jgn le pakai percaya takat tengok rupe, gaye dan lagu je!! Tu semua boleh setting, boleh buat!!!!!!
Syaitan kalau nak menjelma & goda orang alim, dia pun akan menyerupa orang alim gak!! baru leh masuk jarum. Kalau rupa hantu … tentuarah dia kena jampi dek orang alim tu!!!
…… tanya diri sendiri, berapa “kenal” kau ngan mereka tu semua?!!! Kalau setakat sejak 1999 …… kau kaji le lagi sampai 1970 ke ……..
ya hidup anwar & keadilan. yee memang betul Allah jer yang tahu, tapi kita yang berakal ni patut boleh fikirkan..kalo betul pun kes ini, yang si saiful tu bodoh sangat pegi sua bontot dia kat anwar tu buat ape? lepas tu mengaku tanpa kerelaan, aduh buat malu kaum aje. harap muka jer hensem ,dengan lelaki baya atuk aku pun kalah.hehe…lu fikir la
korang bygkanla…dak saiful tu umo bape,DSi umo bape..logic akal klau scara tanpa rela,takkan si saiful tu tak bleh sepak je DSi time die tgh kene liwat tu,sah2 DSi pun bukan kuat sgt psl dh tua banding dgn si saiful tu org muda…lgpun pelik,takkan time kene liwat tu biar je…maknenye dgn rela la,tp tak rela plak…sengal ape ko ni saiful!
mari lah kita sama2 berdoa semoga org yg melakukan fitnah yg plg bodoh ini di laknati ALLAH yang maha esa..
“…….keadan sngt jelas…saiful bukhari spt mbuka pekung d dada..bsumpah scara umun..bgai mnegak benang y basah..dia bhak utuk bsumpah ape pun krn dosa pahala xnampak dpan mata..spatutnya anwar y prlu bsumpah tp ni dh tbalik ar..bodoh betul saiful 2..nama je lawa..rupa je ensem..prangai nauzubillah….bdoalah pada allah agar saiful d beri pngajaran….biarlah kbenaran mbuktikn sgalanya smoga y bsalah kan trima padahnya…HIDUP ANWAR!!!!HIDUP ANWAR!!!……………..”kbenaran kan mengatasi sgalanya…nauzubillah
“…..saiful ibarat spt anjing…mgigit tuannya tanpa mgingati jasa tuannya…sama jgk spt kacang lupakan kulit..lupa jasa kbaikkn org y mmberi..walaupun kes liwat itu benar tp tak sepatutnya mbuka pekung sndri…saifur sngup lupakn kbaikkn y pernah d trima hanya krn tawaran lain..dia xsedar dirinya d permainkn oleh pihak lain utk kpentingan diri dan politik…saiful adalah seekor anjing y mudah p pergunakan….ingatlah mati hanya sekali..bertapa besarnya dosa fitnah….brubahlah saiful..masih ada peluang lg utk mberi kbenaran…ingatlah api neraka sedang mnunggu…..”
saiful ni mamat lembut ka ? hanya mamat lembut jea yg suka dibelai dan disentuh. kalu ikut pertuduhan terbaru suka sama suka. logically … sudah tentu mamat ni sejak kecil lagi semasa sekolah rendah sekolah menengah dah lama buat kerja nie main belakang … perasaan keperempuanan nie mesti develop dari kecil lagi … kalu betui la
tapi kalu mamat nie jejaka keras … tak logik suka main belakang.
Aku dulu masa bertunang ,punyalah jaga maruah diri,sebab nak bagi tau tunang aku,aku adalah terbaik bagi dia,begitu juga bakal ibubapa mertua aku..,keluarga aku ape tah lagi..,tapi bab shyfull ni aku pelik betul,dia sepatutnya boleh mengambil tindakan berdiam diri aje dan tiada sesiapa yang tahu,buat sembahyang hajat minta pertolongan dari Allah,biar Allah yang mengadili semua yang terjadi..,yang dia pergi mengaku dia kena sondol tu buat apa?,apa motif dia?,bukan tak ada option lain?,Alim ulama ada berkata “jika berlaku perbuatan zina semasa seseorang itu belum berkahwin dan dia telah bertaubat..,tidak perlu beritahu pada suami atau isteri kita atas apa yang telah kita lakukan terdahlu itu..demi menjaga mesjid yang telah dibina sekarang…
Aku nak bagi tau sikit. Ada ke korang-korang ni paham maksud paksaan dalam kes liwat. Aku bukannya percaya sangat apa kata shyfool tu tapi aku cuma tak paham awat hangpa yang cakap paksa tu tak logik. Kalau cerita pasai paksa musti kata shyfool ble terajanla, sepakla, tumbuk la DSAI. Dalam undang-undang paksaan boleh juga berlaku dari segi fizikal (seperti yang hangpa semua cerita) dan paksaan secara mental.Kalau secara mental mustila dia tak melawan. Tapi aku nak cakap apa la bodo nya politik Melayu sekarang ni……….
Satu stage lagi yang aku dah jangka..,akta DNA yang digubal baru-baru ini..,kenapa KERAjaan buat semua ini secara tergesa-gesa,cuba fikirkan sensitiviti rakyat dan kewibawaan pemerintah dimata rakyat..,Kalau nak buat pun jangan sampai rakyat anggap ia ada udang disebalik batu..,Buat secara bijak..,pemerintah ingat rata-rata rakyat sekarang ni tidak ambil tau hal politik ke?Ambil statistik..,rakyat sekarang ini sudah celik teknoloji tau…rata-rata rakyat malaysia berusia 45 kebawah kebanyakannya tahu access internet…sebab mereka sudah ada anak yang mahir komputer..
Cubalah kita letak diri kita ditempat Saiful atau DSAI. Kalau saya ditempat Saiful mungkin saya berdiam diri demi menjaga maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kalau rasa tidak puas hati pun just face to face dgn family DSAI. Selesaikan dengan hemah tanpa menyakiti dan memalukan diri sendiri dan orang lain. Kalau saya sebagai DSAI saya akan bagi duit atau apa sahaja yang dikehendaki Saiful untuk menutup mulutnya.Dan kalau orang cuba menfitnah kita saya akan membuktikan bahawa perkara itu memang tidak benar. Kalau diaorang minta kita bersumpah just bersumpahlah dan kalau diaorang mahu ambil dna ambil sajalah. Yang pasti berani kerana benar takut kerana salah. Jangan banyak alasan nanti berbagai spesikulasi yang keluar. Ingat Allah memberi pertolongan kepada orang yang benar bukan munafik.
Cuba kite fikir pasal diri kite sendiri, adakah kite layak untuk menilai orang2 berkenaan..biarkan lah orang yang bijak pandai dan arif komen.





jadi betul la dia kena liwat???cam x percaya jak.adakah orang yang kena liwat mengaku???mulau!!!!