Anwar Didakwa, Bebas Dengan Ikatjamin

Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh mahkamah pagi ini dan dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000.

Anwar dan Wan Azizah di mahkamahPihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar menjamin dirinya sendiri.

Hakim menambah, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Anwar yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi disambut oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan kira-kira 300 penyokong. Beliau dilihat memasuki mahkamah kira-kira jam 9.57 pagi.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan AnwarAnwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya. Bagaimanapun, kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada masa yang sama suatu kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengedarkan kenyataan bersama kepada media dan orang ramai untuk menyokong Anwar.

Dalam kenyataan tersebut, Pakatan Rakyat sepakat menganggap pendakwaan yang dihadapkan ke atas Anwar merupakan suatu kezaliman politik yang bukan sahaja membicarakan Anwar, tetapi rakyat seluruh negara terheret sama.

Kenyataan yang ditandatangani Wan Azizah, Husam dan Karpal itu menegaskan, jika Anwar terus ditahan dan tidak dibenarkan diikat jamin, Wan Azizah akan menjadi penyelaras Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS, KeADILan dan DAP juga sepakat bersetuju bahawa dalam apa keadaan sekalipun, Anwar adalah calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sehubungan itu, ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat sepakat membentuk jawatankuasa bersama untuk mengembleng tenaga petugas sepenuhnya untuk membantu kemenangan Anwar.

Kenyataan itu turut mengesahkan, selepas kemenangan di Permatang Pauh, Anwar akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, mulai 28 Ogos depan.

Anwar Ibrahim vs SaifulSementara itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

“Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)?” katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.

Beliau juga terus mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sumber : MalaysiaKini dan HarakahDaily.

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)