Anwar Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10.03 minit pagi semalam di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Anwar Ibrahim Angkat SumpahSelepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatangani surat akujanji. Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

Yang Dipertua juga berkata, Anwar akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.

Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau berasa terharu dapat kembali secara rasmi ke Parlimen selepas 10 tahun.

“Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya berasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya,” katanya.

Penasihat PKR itu memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majoriti 15,671 undi Selasa lalu.

Sumber: MalaysiaKini dan HarakahDaily

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)