Anwar Akan Dituduh Liwat Di Mahkamah 7 Ogos

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim menerima satu notis oleh pihak polis yang meminta beliau untuk hadir ke mahkamah di Jalan Duta pada 7 Ogos.

Anwar Menerima NotisNotis bertulis itu diserahkan di kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kesnya DSP Jude Pereira.

Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan tempat itu hampir 10 minit kemudian.

Dua naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, yang juga bertindak sebagai peguam Anwar, dan Mohd Azmin Ali kelihatan bergegas masuk ke perkarangan rumah ketua mereka tidak lama selepas penyerahan notis tersebut.

Tokoh pembangkang itu mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada petang 6 Ogos bagi mengulas tindakan terbaru terhadapnya.

Selain menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sidang media itu, Anwar juga menegaskan kesediaannya bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan walaupun tidak dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.

Parti itu juga menyeru ahli-ahlinya dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kompleks mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi sebagai menyatakan sokongan kepada Anwar.

Sementara itu timbalan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas pejabat Peguam Negara memutuskan untuk berbuat demikian, lapor Bernama.

Satu notis bertulis dikeluarkan untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi, kata Ismail dalam kenyataan.

“Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan,” Ismail dipetik sebagai berkata.

Tindakan mengheret Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sebaik sahaja pengumuman mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dibuat adalah usaha menghalang beliau menyertai pilihan raya tersebut.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap perkembangan tersebut kepada Harakahdaily.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula menyatakan bahawa tindakan itu berniat jahat dan sengaja dilakukan tatkala kerajaan melihat rakyat memberi sokongan penuh kepada Anwar.

AMK turut kesal dengan perkembangan itu dan menyifatkan ia tindakan yang menyempitkan lagi ruang demokrasi, katanya.

Sumber : MalaysiaKini dan HarakahDaily.

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)