About
Nama saya Adi Kelana dari Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Menurut kamus Dewan Adi bermaksud yang pertama, yang terutama, yang tertinggi. Manakala Kelana bermaksud pengembara. Saya memang suka melayari internet apabila ada kelapangan masa untuk membaca cerita dan pandangan penulis-penulis blog.
Ini secara langsung telah mencetuskan keinginan dan idea untuk mempunyai blog sendiri. Tempat di mana saya boleh memberikan pandangan peribadi untuk dikongsi bersama pembaca. Di samping itu boleh juga saya masukkan perkara lain yang boleh dijadikan bahan rujukan. Maka lahirlah blog PutraWangsa ini untuk tatapan semua.
Perlulah diingatkan bahawa apa yang tertulis di dalam blog ini adalah cuma pandangan peribadi saya sahaja berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya ada.
Popularity: 1% [?]

