Bapa Tuntut Anak Bayar Nafkah Cucu

Seorang bapa hari ini menuntut anak lelakinya membayar nafkah penjagaan dua cucunya sebanyak RM20,000 sebagai tunggakan perbelanjaan penjagaan terhadap mereka selama lebih tujuh tahun.

Mustafa Ismail, 54 dari Kampung Beladau Kolam, Manir turut membuat dua tuntutan lain di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap anak lelakinya, Nasrum Mustafa, 37, yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai pengurus operasi sebuah syarikat cari minyak swasta.

Selain itu, Mustafa juga menuntut anaknya yang berpendapatan hampir RM17,000 sebulan supaya memberi nafkah RM800 sebulan menerusi potongan gaji dan dimasukkan terus ke akaun cucunya untuk perbelanjaan penjagaan mereka.

Mustafa, yang diwakili oleh peguam Fazru Anuar Yusof, membuat tuntutan berkenaan di hadapan Hakim Kamarul Azmi Ismail yang mendengar sebutan kes itu.

Mustafa turut menuntut pihak defenden untuk hadir ke mahkamah pada tarikh sebutan semula kes berjumpa dengan bapanya kerana dia dikatakan telah lebih tujuh tahun tidak pulang ke rumah menemui keluarga termasuk kedua-dua anaknya, seorang perempuan berusia 13 tahun dan seorang lelaki, 15 tahun.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , , , ,

Pembelian Kapal Selam Scorpene Disiasat

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem, salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan ‘waran geledah antarabangsa’ supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar – syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan bagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja “pentadbiran”.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , , , , , ,

BN Menang Parlimen Hulu Selangor

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan – DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggal 25 kerusi.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Penerbit ntv7 Letak Jawatan Kerana Campurtangan Politik

Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong, yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin ‘Editor’s Time‘, berkata ‘larangan yang tidak munasabah’ dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, pada 22 April 2010.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama rancangan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

Siapa Dia Zaid Ibrahim ?

oleh Hishamuddin Rais

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu.

Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya begini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 – ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.

Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.

Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 – sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.

Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,