Archive for October, 2009
400 Nama Berganda Dikesan Di Bagan Pinang
PAS mendakwa mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. “Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian dua kali. “Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan [...]
Inkues Teoh: Pemilik DNA Sudah Meninggal Dunia
Inkues kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini bahawa DNA yang dikesan pada blazer dan talipinggang Teoh adalah milik M Gopala. DNA tersebut dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA [...]
Kematian Kugan Anggota Polis Didakwa Mencedera
Sembilan bulan selepas kematian A Kugan, seorang anggota polis V Navindran didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tahanan tersebut yang ditemui mati dalam lokap polis Januari lalu. Navindran tidak mengaku salah terhadap dua tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari Kugan. Dia didakwa mengikut [...]
Kesahihan MB Perak Ke Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah. Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh [...]






