Archive for October, 2008
Abdul Razak Baginda Bebas Dari Tuduhan Bersubahat Bunuh Altantuya
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.
Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Mohd. [...]
Popularity: 10% [?]
Najib Dikaitkan Isu Eurocopter Dan SMS Altantuya
Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.
Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam “keadaan meragukan”.
Dalam suratnya kepada Najib, [...]
Popularity: 8% [?]
Kes Anwar, Larangan Media Dibatalkan
Hakim Mahkamah Sesyen S.M.Komathy hari ini membatalkan keputusan awalnya yang melarang media daripada menyiarkan kandungan tiga bahan bukti yang dikemukakan pada prosiding sebelum ini berkaitan perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, beliau mengeluarkan perintah larangan itu berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang berhujah bahawa penyiaran bahan itu akan mencemarkan [...]
Popularity: 8% [?]
Teks Pengumuman Datuk Seri Abdullah Meletak Jawatan PM
Berikut teks lengkap pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan PWTC selepas mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN berhubung peletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri.
1. Saya telah berkhidmat kepada negara lebih dari 45 tahun. Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang wakil rakyat.
Saya telah bertugas sebagai [...]
Popularity: 7% [?]
Pak Lah Lepas Jawatan PM Mac 2009
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.
Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.
Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang [...]
Popularity: 7% [?]





