Archive for September, 2008

Anwar Dah Sedia Tubuh Kerajaan

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa. Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak di pejabat PKR di Tropicana pada jam 2 petang [...]


Teresa Kok Dakwa Utusan Menfitnah

Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok – yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – menuntut Utusan Malaysia menarik balik sebuah artikel yang didakwa memfitnah dan merosakkan nama baiknya. Beliau turut meminta akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maafnya dengan segera dan membayar ganti rugi sebanyak RM30 juta, termasuk kos. Teresa hari ini melalui peguamnya [...]


Tan Hoon Cheng Dibebaskan

Wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan petang tadi dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Difahamkan, dia dibebaskan dari sebuah balai polis di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang, dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam tadi di bawah Akta Keselamatan [...]


Tangkapan ISA: Teresa Kok Dan Wartawan Sin Chew Daily

Teresa Kok ahli Parlimen Seputeh DAP telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada kira-kira jam 11.18 semalam sebagaimana yang dilaporkan oleh MalaysiaKini. Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Beliau yang juga exco kerajaan [...]


Raja Petra Ditahan Bawah ISA

Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh MalaysiaKini. Menurut isterinya Marina Lee Abdullah kepada MalaysiaKini, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Bukit Rahman Putra, Sungai Buluh. Raja Petra kemudiannya dipercayai telah dibawa pihak polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari [...]