Politik Dan Kepimpinan Islam
Jika dikaji sejarah umat Islam, akan ditemui salah satu subjek yang menyebabkan umat Islam saling berselisih adalah berkenaan politik.
Perselisihan ini bukan sekadar debat dan saling memulau, akan tetapi menyebabkan pengangkatan senjata dan pertumpahan darah.
Sebenarnya Islam sudah meletakkan kaedah politik yang tersendiri. Sebagai agama yang lengkap, Islam tidak lupa akan isu politik dan kepimpinan.
Hanya saja di kalangan umat Islam ada di antara mereka yang tidak sampai ilmu berkenaan hukum politik Islam, atau mereka salah faham terhadapnya, atau mereka mentakwilkannya atas sebab-sebab tertentu.
Read the rest of this entry »
Intipati Bajet 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini 7 Oktober 2011 membentangkan Belanjawan 2012 dengan tema “Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”. Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.
Berikut ada intipati kepada bajet 2012
Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
- Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
- Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
- Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
- Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
Program CNBC Digugur Selepas Kaitan Taib Didedah
Berikutan pendedahan oleh laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayar RM15 juta kepada sebuah firma perhubungan awam antarabangsa bagi membersihkan imejnya, badan penyiaran berita global CNBC telah menggugurkan rancangan World Business.
“Memandang keseriusan soalan yang ditimbulkan minggu lalu, CNBC dengan segera menjalankan siasatan ke atas FBC dan amalan perniagaannya serta mengambil keputusan menarik terus rancangan ‘World Business’,” menurut laman webnya yang memetik kata naib presiden pemasaran dan komunikasi CNBC Charlotte Westgate.
CNBC adalah antara badan penyiaran berita antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC Media Ltd, sebuah firma perhubungan awam yang berpangkalan di Britain yang didakwa menerima bayaran jutaan ringgit daripada ahli politik BN supaya imej mereka kelihatan hebat di luar negara.
Mereka termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Badawi dan Taib Mahmud, dakwa Sarawak Report.
Pandangan Tentang Bersih 9 Julai
oleh Wira Arjuna
Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.
Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.
Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.
Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
Read the rest of this entry »
JPA Perlu Telus Agih Bantuan Pendidikan
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa bantuan pendidikan harus diagihkan dengan adil kepada setiap rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira keturunan.
Sehubungan itu, beliau juga mahu bantuan seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi membantu mereka mengikuti kursus pilihan mereka.
Bantuan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan sebab itulah, kata Anwar, keputusan diambil untuk menyediakan pelbagai skim bagi meringankan beban pelajar terutama dari golongan miskin.
Malah, katanya, dalam kes pelajar cemerlang, Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menukar pinjaman kepada biasiswa demi membantu mengurangkan beban ibu bapa.
Read the rest of this entry »




